OUR BUSINESS:
SMART RISE THERAPY CENTER menawarkan pelbagai program yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keperluan kanak-kanak. Perbincangan boleh dijalankan bagi menentukan program yang sesuai.
Early Intervention Program (Program Intervensi Awal)
SMART RISE THERAPY CENTER menawarkan program intervensi awal yang dirancang khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun, memberikan mereka asas kukuh demi menjalani kehidupan yang baik dan berdikari. Dengan pilihan sesi 2, 3, atau 5 hari seminggu selama 3 jam setiap sesi (pagi/petang) atau sesi sehari penuh, program ini fleksibel untuk memenuhi keperluan keluarga anda.
After School Program (Program Selepas Sekolah)
SMART RISE THERAPY CENTER memperkenalkan program selepas sekolah yang dirancang khas untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun, sama ada daripada aliran perdana atau pendidikan khas. Dengan pilihan fleksibel sesi 2, 3, atau 5 hari seminggu selama 3 jam setiap petang, program ini direka untuk melengkapkan keperluan harian anak anda sambil menyokong perkembangan mereka secara holistik.
Individual Therapy Clinic (Klinik Terapi Individu
Program ini direka dengan rapi untuk memenuhi keperluan unik setiap kanak-kanak, tidak kira peringkat usia mereka. Dengan disokong oleh pasukan profesional bertauliah termasuk Ahli Terapi Cara Kerja, Ahli Fisioterapi, Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa, dan Ahli Psikologi Klinikal, kami menyediakan pendekatan yang berpusatkan individu untuk memastikan hasil yang terbaik.
Siri Bengkel / Seminar Peningkatan Ilmu
Siri bengkel atau seminar adalah beberapa keperluan yang akan diketengahkan daripada kami bagi memupuk pengetahuan yang terkini untuk meningkatkan pengalaman baru.